Tuesday, March 1, 2011

Kasut oh Kasut!

Kasut ibarat pelengkap wanita. Setuju tak? Setuju je lah…hihii…sebab saya memang hantu kasut jugak. Banyak-banyak brand… vincci jugak melekat di hati. Mungkin sebab harganya berpatutan, rekaan dia selesa, dan paling penting…ia tahan lama. Betul, memang tahan lama. Ada satu kasut tu, dah tiga tahun berbakti untuk kakiku ini dan sekarang masih setia berbakti.

Opps!! Melalut dah ni. Ok, ok…kita teruskan pada topik kasut kita kali ni. Sebenarnya, ada orang tanya… “kasut yang perlu ada dalam koleksi, apa?” senang jer… saya akan tanya, bagaimana gaya hidup anda?
Kasut ada banyak jenis. Ada flat, heels, wedges, stiletto, boot… paling penting kena ada tiga jenis kasut. Yang flat, sama ada bertutup atau tak, yang bertukit tinggi satu dan selipar. Haa…senang kan… sebab? 


Kasut flat yang macam dalam gambar ni… sgt selesa untuk digayakan terutama pergi jalan-jalan hujung minggu. At least, bergaya lah sikit bila nak dipadankan dengan seluar, kan…? Kaki pun tak terseksa.

Kalau selipar macam gambar ni pulak… pun boleh. Tapi gaya anda akan kurang sedikit (unless selipar anda fancy enough) hehehe! Bukan apa, bergantung pada outfit anda macam mana. Tapi kalau setakat nak keluar pergi kedai ker, bawak kete ke, memang sangat selesa.


Gambar kasut yang macam ni pulak, wajib ada dalam rak kasut anda. Walaupun anda bukanlah peminat kasut tumit tinggi. Sebab, kasut tumit tinggi ni penting untuk digayakan dalam majlis tertentu. Ketinggian tumit plak, bergantunglah pada keselesaan anda nak gayakan ia. Kang beli tinggi sangat, tertonggeng lak dalam dewan.
Stiletto
Wedges

Kasut tumit tinggi plak, ada dua jenis. Stiletto dan wedges. (lihat gambar) kasut jenis stiletto ni, kalau pakai, otometik lah anda akan kelihatan anggun dan bergaya. Sebab tu, ia sesuai untuk ke majlis rasmi, acara elegen, nk wat g keje pun blh gak. Cuma tahan lenguh je lah. Kalau tak nak lenguh…guna yang wedges. Sebab, kasut tumit jenis camni, ia lebih rata dan beri sokongan padu pada tumit. Jadi, wedges lebih sesuai utk pakai wat g jalan-jalan… (ni bg mereka yang gemar bertumit tinggi) lagi satu, wedges ni pun…digalakkan untuk orang yang bertubuh gempal dan seangkatannya. Sebab kaki anda taklah terseksa sangat berdiri atas tumit yang runcing. Kaki anda seksa, kasut pun terseksa. Heeee!

Kasut flat pun ada macam2 jenis gak. Boleh pilih ikut keselesaan dan gaya. Sekali sekala, kuar jalan-jalan pakai kasut flat… boleh gak rehatkan kaki. Banyak sangat pakai tumit tinggi pun tak bagus, sebab boleh rosakkan kesihatan kaki dan badan. Heheh  

Jadi, pandai2lah wat keputusan. Jika nak ikutkan gaya…jangan sampai kesihatan terabai. Namun, jika anda seorang diehard fan kasut tumit tinggi, (macam saya!!) pasti anda juga akan abaikan kesakitan itu, janji bergaya. Betul tak? Boleh…tapi pastikan, anda juga rajin buat rawatan kembalikan kesihatan kaki. Contohnya rendaman herma atau paling tidak, rendam kaki dalam air suam bercampur garam. Sure relieve!
Apa-apa pun, kasut sukan jangan dilupakan. Untuk pergi bersukan, kenalah sarung kasut yang bersesuaian jugak.

Jadi, itulah antara penerangan tentang kasut. Apa lagi yer pasal kasut… hah! Ni ada sikit tips kalau nak beli kasut. Kalau kaki jenis lebar bahagian depan, seeloknya beli kasut yang bertutup di hadapan. Jangan lah tunjuk jari kaki terkeluar dari tapak. Pelik plak.

Kalau kaki jenis pendek, beli kasut yang boleh memanjangkan kaki. Ada satu trend dulu, kasut yang hujungnya muncung macam kasut ali baba. Tapi, bagi sayalah, janganlah muncungnya sampai tahap boleh tikam orang. Yang ado-ado je lah.


Kasut jenis boot plak…memang cantik kalau kita tengok artis2 mat saleh pakai kan… sebab Negara diorang cuaca sejuk, so bila pakai boot ni, blh lah hangatkan kaki. Kalau kat texas plak, tak sejuk pakai gak boot. Sebab kat Negara dorang, nak lindung kaki dari debu.

Malaysia? Boot kurang popular kat sini. Sebab tu, jika nak gayakan boots, hati-hati! Jangan sampai Nampak janggal atau out of fashion! Jangan lah nak g jln atas shopping complex, ber’boot’ sakan…Nampak tak sesuai dah. Pendek citer, kat Malaysia ni, memang kurang sesuai lah pakai boot. Jadi, kalau tak ada dalam simpanan pun tak per. Lain lah kalau anda memang banyak travel ke negara omputih ni. Eh! kejap. Ada jugak kasut Boots yang dah disuaipadankan dengan populasi kita. Ia tak terlalu tinggi, design dia pun just nice. macam kat bawah ni.

Hanya perlu bijak gayakannnya mengikut pakaian, anda akan tetap kelihatan cun dan stylish.







Ok lah….kita berhenti sini dulu cakap pasal kasut. Len kali kita bukak topic lain lak.
p/s: Sangat suka kasut tahap baban. Sampai rak kasut dah tak muat.

‘Arrivederci’

1 comment: