Monday, March 21, 2011

Simple Nite Look / Tips

Dah lama tak mekap muka orang, baru2 ni ada la mangsa baru… hihihiii. Selama ni asyik lukis muka sendiri jek…sesekali dapat melukis muka orang lain pun best gak. (sayangnya gambar2 sebelum ni lupa nak amik simpan) takper..takper… pasni, takde satu pun akan terlepas. Jadi, ada sesape nak jadi bahan eksperimen mekap ku… ^_^ wink wink! Contact AllNira eh!

Okeh, okeh! Nak citer sikit pasal model terbaru nih. Dia nak g majlis makan malam… personalitinya
seorang yang simple dan natural. Jadi, tak sesuai lah kan, tetiba nak makeover terlalu bombastic plak.
Hilang personality dia nanti.

So… saya hanya beri penekanan pada layering foundation. Mukanya senang masuk foundation Cuma sikit je problem. Model ni baru balik dari aktiviti yang boleh merosakkan kulit. Huhuuuu, kulit dia sedikit kering. Sian, kulit tak sempat nak sembuh. Jadi, pemakaian blusher tak boleh la nak heavy sgt. Sebab takut nanti iritasi.

Ramai yang berpendapat, pakai blusher tebal sikit kalau nak tutup parut ker, masalah kulit ke…tapi sebenanrnya, dari nak tutup, cela anda semakin jelas plak. Saya sarankan, pakai tipis-tipis jer. Biar natural, jangan sampai nmpk buruk.

Bahagian mata model ni plak… saya tak buat campuran warna pelik2. Sebab nak kekalkan naturaliti
kan… hanya guna base eyeshadow pearl shimmer dan matte white. Utk create shadow tirus di hujung
mata, guna navy blue sebagai base dan blend dengan matte black. Blend, blend, blend…tambah glitter
black skit atas dia. Pastu, eyelinerrrr! Penting untuk majlis malam. Supaya mata nmpak menyerlah gitu.

Bibir plak, memandangkan riasan dia dah simple, guna pink terang sikit pun takde masalah. Campur sikit dengan lip gloss warna shimmer pink. Dah siap. Mudah dan simple untuk mereka yang nak pergi majlis malam, tapi tak dak banyak masa tuk bersiap. Kann…????


Jadi...inilah hasilnya.... wallah!
bedak debuuuu!

pejam...pejam...jangan bukak!


























Tips untuk pulihkan kulit sunburn/kering:

1. Sepatutnya sebelum tu pakailah sunblock ke…pelembap yang ada SPF. Letak dalam beg, in case perlu tambah lagi.



2. Kalau tak buat langkah pertama tu…haa…ikut langkah ni. Balik je rumah…terus cuci muka. Jangan
dok rehat dulu sampai telelap dengan muka yang berkuman.

3. Pastu cuci…lepas cuci…buat rawatan ni. Bukak peti sejuk, kalau ada timun…potong n tempek kat
seluruh muka. Tomato pun leh jugak. Sebab timun ni dia ada esen penyejuk semulajadi yang boleh
sejukkan kulit muka. Terutama sunburn. Tomato pun ada vitamin yang boleh bekalkan semula
kelembapan kulit yang dah hilang.

4. Ini pulak kalau takde timun. Wet tissue yang dah digunakan, jangan buang. Cuci dengan air, tapi
jangan kasar2. Takut rosak tisu tu nanti. Pastu bekukan dalam fridge. Dah beku…amik dan dap atas
muka dengan slow motion. Tips ni jugak bagus nak buat utk hilangkan kesembapan bawah mata.
Lepas tu, mesti rasa fresh.

5. Sehari atau dua hari selepasnya…boleh wat masker kat muka. Untuk hilangkan sel sel kulit lama dan kulit mati. Kalau tak buat, susah la kulit baru nak kuar.

6. Pakai pelembap siang dan malam. Kalau boleh yang dehydrating gel sebab jenis yang ni sejuk jer.
Muka pun selesa selepas pakai.

Okeh. Itu saja buat masa ni… kalau anda jugak ada tips lain…blg la tnggalkan kat box bawah. Sharing is
caring…tak gitu… ^_^

p/s: suka produk penjagaan kulit ZA Future Defense Plus. Sangat lembut n efektif pada kulit.

No comments:

Post a Comment