Monday, May 9, 2011

Kebahagian Perut!

Kebahagiaan datang dari perut.
Betul lah tu...
Sebab, tanpa perut yang kenyang dan makanan yang enak... susah kebahagiaan yang tlus nak datang. ye dak?
ish...nak bermutiara kata lak. umur kan baru setahun jagung...hikhikhik...biar orang lain je lah wat tugas tu.
biarkan ALLNIRA, wat tugasan lain. Apa lagi, updates tentang kisaran kehidupannya lah!

Haa... dah lama menyepi jauh di sudut meja kerja ni kan, smp xde masa nak updates blog kecantikan sendiri. Kali ni, lain skit. Bukan pasal Kecantikan...tapi pasal kekenyangan perut yang mampu membawa kepada kebahagian. Kita bercakap pasal makan-makan pulak. (uishh...blh jd lapar nih)

Sejak dua menjak, bermenjak-menjak ni lah kan... ada satu kedai tu, mmg jadi feveret. Nak makan je, mmg kedai tu lah yg jd pilihan. JUST THAI... kepada sesiapa yang minat dgn masakan thai (macam aku), kedai ni aku rekemen kanlah.

Kenapa? Sebab sedapppplahhh! Apa lagi. Menunya ada macam-macam pilihan. Sumenye ala Thai. Paling suka...tom yam. Rasa masam, manis, masin...secukupnya lengkap. Lemak manis lah. tak percaya...tengok gambar ni...tak percaya lagi, moh rasa sdr lerr...! ^_^

Apa kata kita hayati gambar-gambar ni...




Haa...itulah dia beberapa menu yang dah dicuba kat kedai JUST THAI nih! Memang sedapp.. environment dia pun cantik.

Setiap kali keluar dari kedai tu, mesti rasa bahagia. Jadi, betullah... Kebahagian datang dari Perut. Perut yang kenyang, terpancar di muka. Nak lagi bahagia...makan lah sedap-sedap. hawhawhaw! xde lah. gurau jer.

Walau apa sekalipun, makanan itu rezeki dari tuhan. Apa yang ada, kita kena pandai hargai dan bersyukur. Walau nasi kosong sekalipun. Post ni, hanyalah untuk berkongsi dengan korang2 sume, kot2 sedang mencari kedai makan baru...haa, bolehlah cuba2 JUST THAI ni.

p/s: post ni, dorang xde bayar aku pun... post ni sekadar hobi aku yang nak updates tentang diriku ini. Blog ni, bukan blog aku cari makan pun. Cuma suka-suka...hihihii! ^_^

'Arrivederci'

Wednesday, April 27, 2011




Inilah koleksi mekap mata terbaru masa ni... akan ada banyak lagi teknik yang akan saya upload. in case ada request, jangan malu-malu nak tanya.
Nak suruh tunjukkan cara pun, tak apa...


Ramai orang cakap... mekap ni buatkan perempuan itu tak natural. Ye ker...? bukan mekap yang menentukan hati budi dan pekerti seseorang itu. mekap hanyalah aksesori tambahan yang melengkapi persembahan diri. paling penting...  kenali hatinya, barulah matanya...hidungnya... mulutnya... tak giteew...?

Anyway... dah ngantuk ni... so sambung len kali je lah pulak.

Arrivederci... ^_^

Wednesday, March 23, 2011

Dramatic Eye

Halloooo....!

Baru2 ni, ermmmlama gak la...ada masa lapang skit. Jadi bila dah tak tau nak buat apa...mulalah rajin jer capai berus, capai foundation, eyeshadow....aku pun conteng kat muka. Mulanya, tak terfikir pun nak buat tema apa...jadi, ikut tangan je lah. Al kisahnya....ini hasilnya...!

Bila dah siap tu...barulah terfikir, apa ke nama nak letak mekap mata camni...So, Dramatic Eyes boleh kot...kan? boleh lah... ^__^

tak susah pun nak buat...Mula2 foundation tu cam biasa la kan. cuma tang kening tu...(bagi sesape yang kening jarang cam saya la kan) tebalkan or lebatkan. Sebab heavy eyes cani, kureng sesuai dengan kening nipis. nak lukis tu, tak yah lah saya citer caner nak buat kan...mesti sume dah tahu nak lukis kening sendiri...ye dak...!

Ok, pastu...gunakan matte kelabu sebagai base. kemudian ambil silver yg glitter skit, expand hingga aoter corner v. Dari sini pulak, tambah dengan kelabu yang lebih pekat. tarik ke luar jugak. untuk dapatkan efek smokey ala2 cat eyes.... utrk pekatkan dia, tambah dengan matte hitam. dah nak hampir siap, tapi sebelum tu letakkan matte pink di dalam corner v bahagian mata. biar dia ada efek hidden pink sikit....pastu, cam biasa la kan....mascara, eyeliner...blusher, lipstik. And you're done! Senang kan....!

Sebenarnya, make ni mmg tak susah pun. Semuanya bergantung pada naluri kota iaitu bagaimana kita mahu ia tampil kelihatan. Semua orang ada naluri untuk nampak cantik, kemas, menarik...kannn...????

Jadi, gunakan naluri itu apabila kita sedang mekap. Yang lain2 tu, bergantung pada macamana nak guna berus, eyeliner dsb dengan betul. sume tu kita boleh tengok kat youtube, majalan, blog....selebihnya, practise make perfect. oh ya, satu lagi....confident!! itu pun penting, terutama bila mahu mencuba sesuatu yang bru pada mata. contohnya, sebelum ni tak pernah2 nak letak eyeshadow biru muda, bila dah guna tu, kita kena yakin lah utrk memperagakan mata kita. keyakinan itu jugaklah yang membantu untuk kita tampil cantik luar dan dalam.... gitu...!

Tapi jangan over confident yer...! takut nanti berfesyen tak kena tempat. huhuhuuuu....!

Apepun, setakat ini dululah laporan berita kecantikan saya..... ^_^


Arrivederci...!!!

Monday, March 21, 2011

Ilham si Sakura...

Sakura
Malam ni rajin plak nak updates lagi satu post.... Mula2 tengah godek2 internet, terbukak lah satu imej bunga sakura... cantik...dalam hati la yg cakap... ˆ_ˆ.

Pastu, rasa ilham tu tercetus lak nak lakar kat muka. Kena plak masa godek Youtube, jumpa la video Michelle Phan (my fav online make up guru) dia pun ada gak buat make up tutorial pasal bunga sakura. Hmmm, apa lagi.... rajin la tangan ni angkat berus, nyonteng lah muka sendiri....

Jadi, ni lah hasilnya.....

Base.... saya guna matte pink, kemudian layer dgn glitter gold. Pastu, saya shading kat outer corner mata dengan deep purple skit. utk liner...saya tak guna eyeliner hitam atau coklat....instead, just guna balik deep purple tadi....simple! Dah siap... sesuailah, kalau nak g dating siang-siang ker... sebab looks dia tak hard sangat.... ala2 bunga Sakura yang  simple, but nice to be see...! cewwaahhh!
ˆ__ˆ


'nampak tak?!'

bila lah nak blh smp jepun ni...?


Ok lah.... sampai sini dulu...

Arrivederci...!

Simple Nite Look / Tips

Dah lama tak mekap muka orang, baru2 ni ada la mangsa baru… hihihiii. Selama ni asyik lukis muka sendiri jek…sesekali dapat melukis muka orang lain pun best gak. (sayangnya gambar2 sebelum ni lupa nak amik simpan) takper..takper… pasni, takde satu pun akan terlepas. Jadi, ada sesape nak jadi bahan eksperimen mekap ku… ^_^ wink wink! Contact AllNira eh!

Okeh, okeh! Nak citer sikit pasal model terbaru nih. Dia nak g majlis makan malam… personalitinya
seorang yang simple dan natural. Jadi, tak sesuai lah kan, tetiba nak makeover terlalu bombastic plak.
Hilang personality dia nanti.

So… saya hanya beri penekanan pada layering foundation. Mukanya senang masuk foundation Cuma sikit je problem. Model ni baru balik dari aktiviti yang boleh merosakkan kulit. Huhuuuu, kulit dia sedikit kering. Sian, kulit tak sempat nak sembuh. Jadi, pemakaian blusher tak boleh la nak heavy sgt. Sebab takut nanti iritasi.

Ramai yang berpendapat, pakai blusher tebal sikit kalau nak tutup parut ker, masalah kulit ke…tapi sebenanrnya, dari nak tutup, cela anda semakin jelas plak. Saya sarankan, pakai tipis-tipis jer. Biar natural, jangan sampai nmpk buruk.

Bahagian mata model ni plak… saya tak buat campuran warna pelik2. Sebab nak kekalkan naturaliti
kan… hanya guna base eyeshadow pearl shimmer dan matte white. Utk create shadow tirus di hujung
mata, guna navy blue sebagai base dan blend dengan matte black. Blend, blend, blend…tambah glitter
black skit atas dia. Pastu, eyelinerrrr! Penting untuk majlis malam. Supaya mata nmpak menyerlah gitu.

Bibir plak, memandangkan riasan dia dah simple, guna pink terang sikit pun takde masalah. Campur sikit dengan lip gloss warna shimmer pink. Dah siap. Mudah dan simple untuk mereka yang nak pergi majlis malam, tapi tak dak banyak masa tuk bersiap. Kann…????


Jadi...inilah hasilnya.... wallah!
bedak debuuuu!

pejam...pejam...jangan bukak!


























Tips untuk pulihkan kulit sunburn/kering:

1. Sepatutnya sebelum tu pakailah sunblock ke…pelembap yang ada SPF. Letak dalam beg, in case perlu tambah lagi.



2. Kalau tak buat langkah pertama tu…haa…ikut langkah ni. Balik je rumah…terus cuci muka. Jangan
dok rehat dulu sampai telelap dengan muka yang berkuman.

3. Pastu cuci…lepas cuci…buat rawatan ni. Bukak peti sejuk, kalau ada timun…potong n tempek kat
seluruh muka. Tomato pun leh jugak. Sebab timun ni dia ada esen penyejuk semulajadi yang boleh
sejukkan kulit muka. Terutama sunburn. Tomato pun ada vitamin yang boleh bekalkan semula
kelembapan kulit yang dah hilang.

4. Ini pulak kalau takde timun. Wet tissue yang dah digunakan, jangan buang. Cuci dengan air, tapi
jangan kasar2. Takut rosak tisu tu nanti. Pastu bekukan dalam fridge. Dah beku…amik dan dap atas
muka dengan slow motion. Tips ni jugak bagus nak buat utk hilangkan kesembapan bawah mata.
Lepas tu, mesti rasa fresh.

5. Sehari atau dua hari selepasnya…boleh wat masker kat muka. Untuk hilangkan sel sel kulit lama dan kulit mati. Kalau tak buat, susah la kulit baru nak kuar.

6. Pakai pelembap siang dan malam. Kalau boleh yang dehydrating gel sebab jenis yang ni sejuk jer.
Muka pun selesa selepas pakai.

Okeh. Itu saja buat masa ni… kalau anda jugak ada tips lain…blg la tnggalkan kat box bawah. Sharing is
caring…tak gitu… ^_^

p/s: suka produk penjagaan kulit ZA Future Defense Plus. Sangat lembut n efektif pada kulit.

Tuesday, March 1, 2011

Kasut oh Kasut!

Kasut ibarat pelengkap wanita. Setuju tak? Setuju je lah…hihii…sebab saya memang hantu kasut jugak. Banyak-banyak brand… vincci jugak melekat di hati. Mungkin sebab harganya berpatutan, rekaan dia selesa, dan paling penting…ia tahan lama. Betul, memang tahan lama. Ada satu kasut tu, dah tiga tahun berbakti untuk kakiku ini dan sekarang masih setia berbakti.

Opps!! Melalut dah ni. Ok, ok…kita teruskan pada topik kasut kita kali ni. Sebenarnya, ada orang tanya… “kasut yang perlu ada dalam koleksi, apa?” senang jer… saya akan tanya, bagaimana gaya hidup anda?
Kasut ada banyak jenis. Ada flat, heels, wedges, stiletto, boot… paling penting kena ada tiga jenis kasut. Yang flat, sama ada bertutup atau tak, yang bertukit tinggi satu dan selipar. Haa…senang kan… sebab? 


Kasut flat yang macam dalam gambar ni… sgt selesa untuk digayakan terutama pergi jalan-jalan hujung minggu. At least, bergaya lah sikit bila nak dipadankan dengan seluar, kan…? Kaki pun tak terseksa.

Kalau selipar macam gambar ni pulak… pun boleh. Tapi gaya anda akan kurang sedikit (unless selipar anda fancy enough) hehehe! Bukan apa, bergantung pada outfit anda macam mana. Tapi kalau setakat nak keluar pergi kedai ker, bawak kete ke, memang sangat selesa.


Gambar kasut yang macam ni pulak, wajib ada dalam rak kasut anda. Walaupun anda bukanlah peminat kasut tumit tinggi. Sebab, kasut tumit tinggi ni penting untuk digayakan dalam majlis tertentu. Ketinggian tumit plak, bergantunglah pada keselesaan anda nak gayakan ia. Kang beli tinggi sangat, tertonggeng lak dalam dewan.
Stiletto
Wedges

Kasut tumit tinggi plak, ada dua jenis. Stiletto dan wedges. (lihat gambar) kasut jenis stiletto ni, kalau pakai, otometik lah anda akan kelihatan anggun dan bergaya. Sebab tu, ia sesuai untuk ke majlis rasmi, acara elegen, nk wat g keje pun blh gak. Cuma tahan lenguh je lah. Kalau tak nak lenguh…guna yang wedges. Sebab, kasut tumit jenis camni, ia lebih rata dan beri sokongan padu pada tumit. Jadi, wedges lebih sesuai utk pakai wat g jalan-jalan… (ni bg mereka yang gemar bertumit tinggi) lagi satu, wedges ni pun…digalakkan untuk orang yang bertubuh gempal dan seangkatannya. Sebab kaki anda taklah terseksa sangat berdiri atas tumit yang runcing. Kaki anda seksa, kasut pun terseksa. Heeee!

Kasut flat pun ada macam2 jenis gak. Boleh pilih ikut keselesaan dan gaya. Sekali sekala, kuar jalan-jalan pakai kasut flat… boleh gak rehatkan kaki. Banyak sangat pakai tumit tinggi pun tak bagus, sebab boleh rosakkan kesihatan kaki dan badan. Heheh  

Jadi, pandai2lah wat keputusan. Jika nak ikutkan gaya…jangan sampai kesihatan terabai. Namun, jika anda seorang diehard fan kasut tumit tinggi, (macam saya!!) pasti anda juga akan abaikan kesakitan itu, janji bergaya. Betul tak? Boleh…tapi pastikan, anda juga rajin buat rawatan kembalikan kesihatan kaki. Contohnya rendaman herma atau paling tidak, rendam kaki dalam air suam bercampur garam. Sure relieve!
Apa-apa pun, kasut sukan jangan dilupakan. Untuk pergi bersukan, kenalah sarung kasut yang bersesuaian jugak.

Jadi, itulah antara penerangan tentang kasut. Apa lagi yer pasal kasut… hah! Ni ada sikit tips kalau nak beli kasut. Kalau kaki jenis lebar bahagian depan, seeloknya beli kasut yang bertutup di hadapan. Jangan lah tunjuk jari kaki terkeluar dari tapak. Pelik plak.

Kalau kaki jenis pendek, beli kasut yang boleh memanjangkan kaki. Ada satu trend dulu, kasut yang hujungnya muncung macam kasut ali baba. Tapi, bagi sayalah, janganlah muncungnya sampai tahap boleh tikam orang. Yang ado-ado je lah.


Kasut jenis boot plak…memang cantik kalau kita tengok artis2 mat saleh pakai kan… sebab Negara diorang cuaca sejuk, so bila pakai boot ni, blh lah hangatkan kaki. Kalau kat texas plak, tak sejuk pakai gak boot. Sebab kat Negara dorang, nak lindung kaki dari debu.

Malaysia? Boot kurang popular kat sini. Sebab tu, jika nak gayakan boots, hati-hati! Jangan sampai Nampak janggal atau out of fashion! Jangan lah nak g jln atas shopping complex, ber’boot’ sakan…Nampak tak sesuai dah. Pendek citer, kat Malaysia ni, memang kurang sesuai lah pakai boot. Jadi, kalau tak ada dalam simpanan pun tak per. Lain lah kalau anda memang banyak travel ke negara omputih ni. Eh! kejap. Ada jugak kasut Boots yang dah disuaipadankan dengan populasi kita. Ia tak terlalu tinggi, design dia pun just nice. macam kat bawah ni.

Hanya perlu bijak gayakannnya mengikut pakaian, anda akan tetap kelihatan cun dan stylish.







Ok lah….kita berhenti sini dulu cakap pasal kasut. Len kali kita bukak topic lain lak.
p/s: Sangat suka kasut tahap baban. Sampai rak kasut dah tak muat.

‘Arrivederci’

Jom Make Up!!!

Bosan2 ni, make over seseorang pun best jugak... teringin nak bermain dgn warna pink n hitam... Model terjun ku kali ni... ialah ex-housemate yang masih setia di puncak perdana... mekap ni sesuai la utk majlis makan malam. jangan guna utk siang...nanti org ckp, silap masuk majlis lak kang...huhuu...teknik ni sesuai untuk malam jer, sebab banyak guna hitam n warna yang terang serta shimmering.

gambar sebelum...*muka yg sedikit monyok itu adalah kerana bru pas baring. sian...jadi model terjun. ˆ_

taddaaa!!! opps. gmbr ni lupa ttp flash.

ni...bhgn mata. simple n not too striking.





Inilah hasilnya...before n after.


Tips Mekap Siang:
  1. Guna foundation yang waterprof, SPF, bukan berasas minyak/air. takut bila berpeluh nanti, muka pun habiss...
  2. Pastikan pilih warna-warna natural, pastel, lembut dan seangkatannya.
  3. Eyeshadow yang sesuai: coklat muda, coklat gelap (shading), matte pink, matte orange, peach dan juga seangkatannya.
  4. Eyeliner boleh guna hitam @ coklat. kalau nak lebih natural, guna coklat.
  5. Mascara. kalau peminat bulu mata palsu, guna yang separuh atau individual lashes dah cukup. (siang2 pakai bulu mata tebal buat apa. simpan je utk acara malam. ye tak...?)
  6. Paling penting untuk tampil segar dan natural, blusher! jangan pilih warna yang garang. jangan pakai tebal smp nmpk macam duit 50sen kat pipi. nak natural...pilih blusher peachcy atau tone color kecoklatan. (bergantung tonbe warna kulit anda)jgn pakai shimmer blusher!!
  7. Lipstik pun penting. pilih rona warna lembut. pink lembut, coklat lembut, nude ker... nak nmpk cun lagi, tmbh gloss.
Tips Mekap Malam(event/function):
  1. Foundation boleh guna tebal sikit. guna liquid blh, cream pun blh...brgantung pada tempat nk pergi...tp jgn la berbedak cam tepung gomak lak.
  2. Eyeshadow: guna lah warna ape pun (janji blend cantrik2. huuhuuu), takdelah...suka2 ati je. nak glam, gunalah gold, shimmer pink, purple pun cantik, warna2 sedikit gelap pn ok. *nak citer eyeshadow, tggu post lain lah yer. besar sgt topik nih!
  3. Kali ni blh pakai bulu mata palsu. tapi kalau x nak pun blh. guna maskara yang blh melebat dan melentikkan bulu mata. Maybelline pun ok. cara pakai: lapisan pertama, kemudian ambil berus bulat, larikkan bulu mata. buang yang bergumpal. lapisan kedua, pakai kat hujung kasi panjang n tebal n lebat. kalau rajin ulang smp 3 kali lapisan. klu tak, 2 pn cukup.
  4. Pilih blusher yang sesuai dengan rona kulit. blh pakai tebal sikit, tap make sure blend n blend smp cun! nak pakai yg shimmer pun ok gak.
  5. Tambahan: kalau nak tambah bronzer ke seluruh muka pasti wajah akan nmpk bersinar n glamour gitu. ala ala madonna. berkilat satu badan. bronzer ni pakai sikit jer. tebalkan kawasan tulang pipi, rahang, dagu skit..
  6. lipstik n lipgloss...terpulang u alls. pakai ikut kesukaan. tapi seeloknya pilih yang blh matching dengan baju n warna kulit. tapi kalau mekap bhgn mata dah heavy, pilihlah warna bibir yg nude atau lembut sikit. kalau nak beri penekanan bhgn bibir, nak red lips ker, bhgn mata kena la kurang sikit. jgn mata n bibir sama2 striking. nnt jd ratu burlesque plak!
  7. Kalau nak efek muka glowing skit, tambah eyeshadom putih kat bahagian atas tulang pipi, atas muncung bibir, sedikit tulang hidung n kwsn dahi antara mata. semua perlu letak nipis n blend guna jari jer. wajah nmpk push lebih dlm gmbr. tak caya cubalah...hihiii
okeh...rasanya sampai sini dlu kot. nak tengok desperate housewife plak ni...

p/s: paling suka bronzer the body shop dan m.a.c. sejak akhir2 ni, suka plak shopping kat the body shop. abis semua produk dia aku angkut satu, satu...huhuuuu

'Árrivederci!!!'

Mahal vs Murah

Apa nak cakap untuk saat pertama kali?

Suka mekap? Sejujurnya…aku memang gila bab bab mekap ni. Ada saja produk baru…mesti mau cuba. Tak kiralah dari yang mahal…hingga ke murah. Janji mesti cuba dulu, baru komen.

Aku nak mulakan entry blog ni dengan pengenalan dulu. Actually, blog ni nak buat blog kecantikan… sharing pasal kecantikan…citer-citer pasal teknik, produk, tips! Kita sama-sama kongsilah yer…

Sebab ramai kenalan dok tanya, “Nira, produk ni bagus ke? Nira, produk mana yang elok? Nira, kalau nak beli mekap, yang mana sesuai…?” huhuhuuuu, I memang x kisah nak jawabkan. Nak tolong tunjukkan terus pun takde masalah. Cuma…alamak! Banyaknya nk kena ulang. Hihiii. Kalau siaran berbayar, dah lama kaya nih.

Sebenarnya… mekap mahal ke mekap murah ke… tak banyak beza. Kalau merah, merah la…biru, birulah. Jangan tak percaya, muka anda boleh kelihatan meletop-meletop, dengan hanya guna produk murah. Apa yang membezakannya… teknik lah!

Sebelum aku citer-citer pasal teknik nih…meh aku citer dulu pasal produk mahal vs produk murah.
Produk mahal nih…macam M.A.C, Estee Lauder, Laura Mercier, Bobbi Brown, Shu Umuera, Anna Sui…haaah…penat lah nak taip sumer…(rasanya korang pun tau kan produk2 mahal), memanglah bagus. Bonus kalau dapat guna. Kena lak lengkap satu range dia. Lagi kelass!! Produk ini sume, bagus dalam menutup wajah anda hingga nampak mulus gitu. Kalau eyeshadow lak, warna mereka sangat best. Pakai sikit, dah Nampak. Guna berus ke guna jari ke… terus melekap kat muka.

Abistu apa guna produk Silkygirl, Maybelline, In2It, Za, Loreal n lain2 tuh…tak ok ker? Ok…sape kata tak ok. Aku pun ada guna produk ni jugak. Sekarang kita citer lagi panjang lak…Menurut amalan dan pengalaman aku… untuk dapatkan hasil yang elok (mekap), campur jer!!

Cuba tengok gambar di bawah….(ehhmm! Xde model lain, guna muka sendiri)
    

Cuba teka… yang mana guna produk mahal…yang mana produk murah?
Dua-dua tak edit… yang kiri tu, guna produk M.A.C. dan sebelah kanan produk ZA campur dgn Maybelline.  Jadi, kita masih blh tampil kelass gitu (ececehh...)  tanpa menggunakan produk mahal.

Tips:
1.       Kekemasan ialah kunci utama – pastikan sapuan foundation dan bedak kompak rata dan licin.
2.       Pelembap itu penting! Kalau nak guna primer pun lg elok. Ia blh kekalkan mekap di muka.
3.       Pilih warna yang senada dengan kulit. (kita bukan nk buat show badut, jd jangan pilih bedak jauh lebih putih dr kulit dgn harapan kita akan nmpak cerah)
4.       Kalau nak campur produk, silakan.
5.       Kalau nak mekap thn satu hari kat muka, guna foundation n bedak yang mahal sikit pun xper.
6.       Guna jari jika kurang yakin masa sapu foundation. (jimat masa kalau nak cepat) Sapu dari tengah muka, menghala keluar.
7.       Mekap di tempat yang terang bukan di bawah lampu malap. Seeloknya, cahay a semulajadi, mcm menghadap tingkap, etc.
8.       Jangan lupakan rahang dan leher. Lebihan foundation di tangan masa sapu kat muka tu, larikkan ia sampai ke bawah leher.
9.       Sapu bedak kompak dengan powder puff, guna teknik dap motion. Kemudian, ambil berus besar, palit sikit bedak/skin mineralize… pastu sapu seluruh muka. Untuk hasil mulus…
10.   Pakai pemerah pipi jangan sampai bertompok merah. Seeloknya, layangkan berus dengan ringan sikit demi sedikit. Jangan pakai blusher smp nmpak cam kna tampar.
Rasanya cukup dulu tips untuk kali ni. Kalau nak explain, setiap satu tips lagi panjang huraiannya. Kang nnt mcm baca novel lak. Itu saja untuk kali ni. Mungkin lain kali saya akan post benda lain lak. Atau kalau anda ada nak tau pasal beauty ni…ajukan saja pd saya.huhuuu….

allnira: Saya memang suka bercerita. Terlampau byk nak share smp tak tahu mana nak mula plak.

"Arrivederci...!!!"

Tuesday, January 11, 2011

An Introducing




   it's an introducing to my new blog... All Nira. it's me..Nira. who? just stay tuned to know more about me, coz after this, there will be a lot more of exciting and new things. don't g anywhere...! 

new adventure has begun