Tuesday, January 12, 2016

Permulaan Kerja Kedua.

Hai semua....

Nira dah lama menyepi kan? 
Entry kali ni ringkas saja, nak tahu pendapat dan pandangan jika Nira nak aktifkan blog ini sebagai medan jualan pilak... hehe. Nira nak sahut seruan buat dua kerja lah katakan...

Apa Nira nak jual? Nira nak jual handbag branded murah2. semuanya bawah RM 200.

Berminat??? 

Tungguuuu...!

Arrivederci! 

Friday, August 8, 2014

Jalinan Rentasan Asmara


Wah, gitu! Title blog kali ni setelah sekian lama menyepi, terus berasmara. Tapi jangan salah faham. Kali ni, Nira nak share tentang fesyen rambut.

Dalam pada masa berlalu, Nira dah pun berumahtangga, dikurniakan rezeki anak, berpantang dan jaga baby Karya Agung... Tub tub! Rambut Nira dah panjang. Bila dah panjang, sayang pulak nak potong. Walaupun si Karya tu selalu tarik, tapi niat nak potong tu belum muncul lagi. Jadi, Nira amik kesempatan bereksperimentasi dengan fesyen rambut.

Jadi.... Bagi sesiapa kat luar sana tu, yg ada rambut panjang, sayang nak potong rambut, tapi rimas dengan kekusutan dan sebagainya... Jalin lah rambut tu!

 Macam mana?

Haaa.... Jalinan Rentasan Asmara adalah salah satu daripada banyak2 gaya.

Tadaa....!
 
( pandangan sisi)

( pandangan sisi lagi)

(Pandangan belakang pulak)

(Pandangan... Atas plak. Kata camera girl ku)

Dan... Gambar di bawah ni plak....ialah camera girl ku. Credit foto to Miss Ijan Ai.

So, kalau ada sesiapa yang berminat nak tahu step by step, comment kat bawah, let Nira knows. ;-) Nanti Nira buat video tutorial terus. Gituu!

Arrivederci! 
 

Monday, May 9, 2011

Kebahagian Perut!

Kebahagiaan datang dari perut.
Betul lah tu...
Sebab, tanpa perut yang kenyang dan makanan yang enak... susah kebahagiaan yang tlus nak datang. ye dak?
ish...nak bermutiara kata lak. umur kan baru setahun jagung...hikhikhik...biar orang lain je lah wat tugas tu.
biarkan ALLNIRA, wat tugasan lain. Apa lagi, updates tentang kisaran kehidupannya lah!

Haa... dah lama menyepi jauh di sudut meja kerja ni kan, smp xde masa nak updates blog kecantikan sendiri. Kali ni, lain skit. Bukan pasal Kecantikan...tapi pasal kekenyangan perut yang mampu membawa kepada kebahagian. Kita bercakap pasal makan-makan pulak. (uishh...blh jd lapar nih)

Sejak dua menjak, bermenjak-menjak ni lah kan... ada satu kedai tu, mmg jadi feveret. Nak makan je, mmg kedai tu lah yg jd pilihan. JUST THAI... kepada sesiapa yang minat dgn masakan thai (macam aku), kedai ni aku rekemen kanlah.

Kenapa? Sebab sedapppplahhh! Apa lagi. Menunya ada macam-macam pilihan. Sumenye ala Thai. Paling suka...tom yam. Rasa masam, manis, masin...secukupnya lengkap. Lemak manis lah. tak percaya...tengok gambar ni...tak percaya lagi, moh rasa sdr lerr...! ^_^

Apa kata kita hayati gambar-gambar ni...




Haa...itulah dia beberapa menu yang dah dicuba kat kedai JUST THAI nih! Memang sedapp.. environment dia pun cantik.

Setiap kali keluar dari kedai tu, mesti rasa bahagia. Jadi, betullah... Kebahagian datang dari Perut. Perut yang kenyang, terpancar di muka. Nak lagi bahagia...makan lah sedap-sedap. hawhawhaw! xde lah. gurau jer.

Walau apa sekalipun, makanan itu rezeki dari tuhan. Apa yang ada, kita kena pandai hargai dan bersyukur. Walau nasi kosong sekalipun. Post ni, hanyalah untuk berkongsi dengan korang2 sume, kot2 sedang mencari kedai makan baru...haa, bolehlah cuba2 JUST THAI ni.

p/s: post ni, dorang xde bayar aku pun... post ni sekadar hobi aku yang nak updates tentang diriku ini. Blog ni, bukan blog aku cari makan pun. Cuma suka-suka...hihihii! ^_^

'Arrivederci'

Wednesday, April 27, 2011




Inilah koleksi mekap mata terbaru masa ni... akan ada banyak lagi teknik yang akan saya upload. in case ada request, jangan malu-malu nak tanya.
Nak suruh tunjukkan cara pun, tak apa...


Ramai orang cakap... mekap ni buatkan perempuan itu tak natural. Ye ker...? bukan mekap yang menentukan hati budi dan pekerti seseorang itu. mekap hanyalah aksesori tambahan yang melengkapi persembahan diri. paling penting...  kenali hatinya, barulah matanya...hidungnya... mulutnya... tak giteew...?

Anyway... dah ngantuk ni... so sambung len kali je lah pulak.

Arrivederci... ^_^

Wednesday, March 23, 2011

Dramatic Eye

Halloooo....!

Baru2 ni, ermmmlama gak la...ada masa lapang skit. Jadi bila dah tak tau nak buat apa...mulalah rajin jer capai berus, capai foundation, eyeshadow....aku pun conteng kat muka. Mulanya, tak terfikir pun nak buat tema apa...jadi, ikut tangan je lah. Al kisahnya....ini hasilnya...!

Bila dah siap tu...barulah terfikir, apa ke nama nak letak mekap mata camni...So, Dramatic Eyes boleh kot...kan? boleh lah... ^__^

tak susah pun nak buat...Mula2 foundation tu cam biasa la kan. cuma tang kening tu...(bagi sesape yang kening jarang cam saya la kan) tebalkan or lebatkan. Sebab heavy eyes cani, kureng sesuai dengan kening nipis. nak lukis tu, tak yah lah saya citer caner nak buat kan...mesti sume dah tahu nak lukis kening sendiri...ye dak...!

Ok, pastu...gunakan matte kelabu sebagai base. kemudian ambil silver yg glitter skit, expand hingga aoter corner v. Dari sini pulak, tambah dengan kelabu yang lebih pekat. tarik ke luar jugak. untuk dapatkan efek smokey ala2 cat eyes.... utrk pekatkan dia, tambah dengan matte hitam. dah nak hampir siap, tapi sebelum tu letakkan matte pink di dalam corner v bahagian mata. biar dia ada efek hidden pink sikit....pastu, cam biasa la kan....mascara, eyeliner...blusher, lipstik. And you're done! Senang kan....!

Sebenarnya, make ni mmg tak susah pun. Semuanya bergantung pada naluri kota iaitu bagaimana kita mahu ia tampil kelihatan. Semua orang ada naluri untuk nampak cantik, kemas, menarik...kannn...????

Jadi, gunakan naluri itu apabila kita sedang mekap. Yang lain2 tu, bergantung pada macamana nak guna berus, eyeliner dsb dengan betul. sume tu kita boleh tengok kat youtube, majalan, blog....selebihnya, practise make perfect. oh ya, satu lagi....confident!! itu pun penting, terutama bila mahu mencuba sesuatu yang bru pada mata. contohnya, sebelum ni tak pernah2 nak letak eyeshadow biru muda, bila dah guna tu, kita kena yakin lah utrk memperagakan mata kita. keyakinan itu jugaklah yang membantu untuk kita tampil cantik luar dan dalam.... gitu...!

Tapi jangan over confident yer...! takut nanti berfesyen tak kena tempat. huhuhuuuu....!

Apepun, setakat ini dululah laporan berita kecantikan saya..... ^_^


Arrivederci...!!!

Monday, March 21, 2011

Ilham si Sakura...

Sakura
Malam ni rajin plak nak updates lagi satu post.... Mula2 tengah godek2 internet, terbukak lah satu imej bunga sakura... cantik...dalam hati la yg cakap... ˆ_ˆ.

Pastu, rasa ilham tu tercetus lak nak lakar kat muka. Kena plak masa godek Youtube, jumpa la video Michelle Phan (my fav online make up guru) dia pun ada gak buat make up tutorial pasal bunga sakura. Hmmm, apa lagi.... rajin la tangan ni angkat berus, nyonteng lah muka sendiri....

Jadi, ni lah hasilnya.....

Base.... saya guna matte pink, kemudian layer dgn glitter gold. Pastu, saya shading kat outer corner mata dengan deep purple skit. utk liner...saya tak guna eyeliner hitam atau coklat....instead, just guna balik deep purple tadi....simple! Dah siap... sesuailah, kalau nak g dating siang-siang ker... sebab looks dia tak hard sangat.... ala2 bunga Sakura yang  simple, but nice to be see...! cewwaahhh!
ˆ__ˆ


'nampak tak?!'

bila lah nak blh smp jepun ni...?


Ok lah.... sampai sini dulu...

Arrivederci...!

Simple Nite Look / Tips

Dah lama tak mekap muka orang, baru2 ni ada la mangsa baru… hihihiii. Selama ni asyik lukis muka sendiri jek…sesekali dapat melukis muka orang lain pun best gak. (sayangnya gambar2 sebelum ni lupa nak amik simpan) takper..takper… pasni, takde satu pun akan terlepas. Jadi, ada sesape nak jadi bahan eksperimen mekap ku… ^_^ wink wink! Contact AllNira eh!

Okeh, okeh! Nak citer sikit pasal model terbaru nih. Dia nak g majlis makan malam… personalitinya
seorang yang simple dan natural. Jadi, tak sesuai lah kan, tetiba nak makeover terlalu bombastic plak.
Hilang personality dia nanti.

So… saya hanya beri penekanan pada layering foundation. Mukanya senang masuk foundation Cuma sikit je problem. Model ni baru balik dari aktiviti yang boleh merosakkan kulit. Huhuuuu, kulit dia sedikit kering. Sian, kulit tak sempat nak sembuh. Jadi, pemakaian blusher tak boleh la nak heavy sgt. Sebab takut nanti iritasi.

Ramai yang berpendapat, pakai blusher tebal sikit kalau nak tutup parut ker, masalah kulit ke…tapi sebenanrnya, dari nak tutup, cela anda semakin jelas plak. Saya sarankan, pakai tipis-tipis jer. Biar natural, jangan sampai nmpk buruk.

Bahagian mata model ni plak… saya tak buat campuran warna pelik2. Sebab nak kekalkan naturaliti
kan… hanya guna base eyeshadow pearl shimmer dan matte white. Utk create shadow tirus di hujung
mata, guna navy blue sebagai base dan blend dengan matte black. Blend, blend, blend…tambah glitter
black skit atas dia. Pastu, eyelinerrrr! Penting untuk majlis malam. Supaya mata nmpak menyerlah gitu.

Bibir plak, memandangkan riasan dia dah simple, guna pink terang sikit pun takde masalah. Campur sikit dengan lip gloss warna shimmer pink. Dah siap. Mudah dan simple untuk mereka yang nak pergi majlis malam, tapi tak dak banyak masa tuk bersiap. Kann…????


Jadi...inilah hasilnya.... wallah!
bedak debuuuu!

pejam...pejam...jangan bukak!


























Tips untuk pulihkan kulit sunburn/kering:

1. Sepatutnya sebelum tu pakailah sunblock ke…pelembap yang ada SPF. Letak dalam beg, in case perlu tambah lagi.



2. Kalau tak buat langkah pertama tu…haa…ikut langkah ni. Balik je rumah…terus cuci muka. Jangan
dok rehat dulu sampai telelap dengan muka yang berkuman.

3. Pastu cuci…lepas cuci…buat rawatan ni. Bukak peti sejuk, kalau ada timun…potong n tempek kat
seluruh muka. Tomato pun leh jugak. Sebab timun ni dia ada esen penyejuk semulajadi yang boleh
sejukkan kulit muka. Terutama sunburn. Tomato pun ada vitamin yang boleh bekalkan semula
kelembapan kulit yang dah hilang.

4. Ini pulak kalau takde timun. Wet tissue yang dah digunakan, jangan buang. Cuci dengan air, tapi
jangan kasar2. Takut rosak tisu tu nanti. Pastu bekukan dalam fridge. Dah beku…amik dan dap atas
muka dengan slow motion. Tips ni jugak bagus nak buat utk hilangkan kesembapan bawah mata.
Lepas tu, mesti rasa fresh.

5. Sehari atau dua hari selepasnya…boleh wat masker kat muka. Untuk hilangkan sel sel kulit lama dan kulit mati. Kalau tak buat, susah la kulit baru nak kuar.

6. Pakai pelembap siang dan malam. Kalau boleh yang dehydrating gel sebab jenis yang ni sejuk jer.
Muka pun selesa selepas pakai.

Okeh. Itu saja buat masa ni… kalau anda jugak ada tips lain…blg la tnggalkan kat box bawah. Sharing is
caring…tak gitu… ^_^

p/s: suka produk penjagaan kulit ZA Future Defense Plus. Sangat lembut n efektif pada kulit.